Friday 21 September 2012

Program Benitia di Ayer Keroh Melaka


Yayasan Pembangunan Sosial (YPS) baru-baru ini, telah menganjurkan kursus kecantikan,kursus dandanan rambut, sari drapping dan mehendi di bawah Program Belia Wanita India (BENITIA) bertempat di Krishna & Cultural Society Ayer Keroh Melaka  pada 17 hb September 2012. Perasmian kursus disempurnakan oleh Pengurus Besar YPS, Encik B Krishna Kumar diwakili oleh, Koordinator Program YPS, Encik Hilmi Zubir, Penyelia Program Benitia, Cik Nor Yanti Salim dan Penyelia Program Benitia Melaka, Puan Yoganeswari. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada penduduk tempatan menyertai kursus-kursus ini.




Program dimulakan pada 17hb September dengan sesi pendaftaran. Dengan kerjasama Cik Yanti selaku penyelia program Benitia, peserta telah diberikan borang pendaftaran untuk diisi dan pengesahan kehadiran dari peserta.


Kehadiran para peserta menceriakan lagi pagi Isnin semasa kursus ini.


Para peserta sedang mengisi borang pendaftaran dengan teliti  dan tekun.


Kursus dimulakan dengan kelas teori oleh Puan Subulachani, yang menerangkan asas-asas membuat solekan dan dandanan rambut yang menawan.




Puan Subulachani menunjukkan cara pemilihan bedak asas yang bersesuaian dengan warna kulit . 


Solekan dan dandanan yang telah sempurna yang ditunjukkan oleh Puan  Subalachini kepada peserta.


Para peserta memberi sepenuh perhatian semasa kursus dijalankan.



Program pada hari tersebut telah dipecahkan kepada 8 kumpulan wanita dan modul-modul nya termasuk teori, praktikal dan penilaian.










Cara pemakaian sari juga didedahkan kepada peserta dalam kursus ini.



Walau apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.


Para peserta sedang khusyuk memasang sari.


Kursus-kursus yang diadakan dilatih oleh tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun bagi memastikan para peserta faham dan menangkap latihan secara teori dan praktikal. Berikut antara gambar-gambar mehendi.










Minat golongan belia wanita ini yang cenderung ke arah program yang dianjurkan oleh YPS bakal menghasilkan golongan usahawan wanita yang berjaya suatu hari nanti. 

Para peserta sedang ditemubual oleh Mr krishna berkenaan program yang dijalankan.


Para peserta memberikan respon yang baik terhadap program yang dijalankan.






Program diakhiri dengan ucapan dari Pengurus Besar YPS, Mr Krishna Kumar




Keriangan diwajah peserta terserlah setelah menerima sijil penyertaan dari pihak Yayasan Pembangunan Sosial.



Thursday 20 September 2012

Kursus Menggubah Bunga dan Mahendi


Pada 14hb Julai 2012, lanjutan Program BENITIA telah diadakan di Setia Alam, Shah Alam, Selangor untuk Kursus Menggubah Bunga dan Mehendi. Kursus ini dianjurkan bersama Pertubuhan Bantuan Malaysia Bersatu Selangor.

 Kursus Menggubah Bunga telah diadakan pada sebelah pagi, menggunakan bunga hidup.




Mdm Helen sedang menunjuk ajar cara menggubah bunga hidup


 Kesungguhan pelajar mempelajari teknik menggubah bunga terserlah.  











Para peserta mencuba membuat gubahan bunga masing-masing





Para peserta juga diajar cara-cara membuat "poo maalai"





Pada sebelah petangnya pula peserta telah mengikuti Kursus Mehendi dibawah tunjuk ajar Miss Mona.














 Pada 15 Julai 2012 kita telah menjalankan program BENITIA di Sri Mona Beau T, Klang iaitu Kursus Kecantikan di bawah tunjuk ajar Cik Mona. Seramai 40 orang peserta yang mengikuti kursus ini.


























Pada sesi sebelah petang pula, peserta bertukar giliran untuk bersolek.










Sesi penutup telah disempurnakan dengan ucapan dari pengurus besar Yayasan Pembangunan Sosial,Mr Krishna Kumar.







Sesi penyampaian sijil untuk peserta