Monday 15 July 2013

PROGRAM BENITIA DI BAHAU PADA TAHUN KE 2

Buat kali ke dua YPS menganjurkan program Benitia di Bahau selama dua hari iaitu pada 13 Julai 2013 dan 14 Julai 2013.
 Pada hari Sabtu 13 Julai tetamu vip adalah dari Penasihat YPS sendiri iaitu Tuan Haji Hedzier Bin Haji Ahmad telah melawat di kawasan tempat kursus dan beliau sempat memberikan ucapan sepatah dua kata serta pemberian sijil kepada peserta kursus.
Pada hari Ahad 14 Julai pula peserta kursus telah dilawati oleh vvip dari Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Isa Samad mantan Menteri Besar Negeri Sembilan. Tan Sri juga sempat memberi sepatah dua kata dan kata-kata semangat untuk para peserta kursus, malahan Tan Sri berbangga dengan Encik B Krishna Kumar, pengurus besar YPS kerana menjayakan program seperti ini bagi membantu masyarakat untuk lebih berjaya meneruskan kehidupan. Peserta kursus juga amat berbangga kerana Tan Sri sendiri yang memberikan penyampaian sijil.

Sebahagian gambar kursus membuat biskut dan kek pada 13 Julai 2013

Tuan Haji Hedzier memberikan penyampaian sijil kepada peserta


Sesi bergambar peserta bersama Tuan Haji Hedzier bersama isterinya 

Peserta dari kursus membuat biskut dan kek gembira bergambar bersama Haji Hedzier beserta sijil


Peserta gembira dapat belajar bersama rakan-rakan baru mereka





Sebahagian gambar kursus menjahit (langsir) pada 14 Julai 2013

Tan Sri Isa memberikan penyampaian sijil kepada peserta diiringi Encik B Krishna Kumar






Sesi bergambar bersama Tan Sri Isa dan Encik B Krishna Kumar







Peserta kusyuk melalukan tugasan yang telah diajar oleh Puan G. Puranam selaku tenaga pengajar kursus menjahit