Sunday 8 July 2012

Kursus Mereka Manik - Bahau

Hari kedua di bawah program BENITIA di Bahau, Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 30hb Jun 2012 baru-baru ini menyaksikan kehadiran golongan belia wanita india dari seluruh pelusuk daerah Jempol. Kursus ini memberi fokus kepada seni rekaan manik yang boleh menghasilkan barang perhiasan diri seperti rantai, gelang dan subang serta perhiasan rumah atau lebih dikenali sebagai bonzai manik.



Kursus ini telah diadakan di dewan Ammu / Priya Shakti Enterprise, ianya turut dimulakan dengan pendaftaran para peserta pada hari tersebut..



Tidak lupa dengan sarapan pagi dan tengahari yang turut disediakan kepada para peserta

Kursus dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Penyelaras Program Benitia di Bahau, Puan Sumathy

Peserta turut mendapat pendedahan keusahawanan oleh Encik Mohd Reza dan peranan YPS bersama-sama Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri

Objektif kursus manik pada hari tersebut adalah untuk membantu golongan belia wanita india untuk mendapatkan pendapatan sampingan dengan kreativiti masing-masing. Dipecahkan di dalam dua kumpulan dan diseliakan oleh 3 orang tenaga pengajar, para peserta berikan asas teori dan praktikal..

















Kreativiti membuat manik bonzai juga didedahkan..



Pengajar tekun mengajar, peserta tekun belajar.. semangat yang akan mengubah nasib mereka dengan pantauan YPS






Keriangan dan keseronokan belajar dari para peserta amat dihargai oleh YPS, program diakhiri dengan ucapan penutup oleh Pengurus Besar YPS, Encik B Krishna Kumar.


Sesi bergambar bersama peserta


Kursus Membuat Kek, Roti dan Pastri


Yayasan Pembangunan Sosial (YPS) baru-baru ini, telah menganjurkan kursus membuat kek, roti dan pastri serta kursus mereka manik di bawah Program Belia Wanita India (BENITIA) bertempat di Bahau, Negeri Sembilan pada 29 – 30hb Jun 2012. Perasmian kursus disempurnakan oleh Pengurus Besar YPS, Encik B Krishna Kumar diwakili oleh Timbalan Pengurus Besar YPS, Encik Mohd. Reza Esfandi, Koordinator Program YPS, Encik Zainordin Sulaiman, Penyelia Program Benitia, Cik Nor Yanti Salim dan Penyelaras Program Benitia Bahau, Puan Sumathy. Seramai 119 orang peserta yang terdiri daripada penduduk tempatan menyertai kursus-kursus ini.

Ikon Pekan Bahau menyambut kehadiran kami..

Program dimulakan pada 29hb Jun dengan kursus membuat kek. Dengan kerjasama Puan Celine dari Baker's Mall, peserta telah diberikan pendedahan secara teori dan praktikal tentang cara-cara membuat kek, roti dan juga pastri.




Kehadiran para peserta menceriakan lagi pagi Jumaat di pekan yang indah ini.


Pendaftaran peserta dari Bahau dan Jempol

Dipantau oleh Cik Nor Yanti Salim, peserta mendaftarkan diri dengan tekunnya.. 

Kursus dimulakan dengan kelas teori oleh Puan Celine, yang menerangkan asas-asas membuat kek/roti/pastri yang cantik, sedap dan menawan..

Puan Celine menerangkan pada peserta tentang asas membuat kek




Para peserta kemudiannya didedahkan diajar secara praktikal, dari permulaan membuat kek, penggunaan bahan-bahan, kegunaan peralatan sehingga siap..



Pemilihan tepung, yis dan bahan yang sesuai memainkan peranan penting..








Cupcake yang telah kembang dengan cantiknya


Coklat dan Vanilla, perisa kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia



Acuan membuat "icing" juga diajar kepada para peserta



Hasil yang siap dengan kreativiti masing-masing
Teruja dengan rekaan masing-masing dari apa yang dipelajari, para peserta dianugerahkan sijil penyertaan oleh YPS serta Baker's Mall setelah dinilai dengan puas hati oleh Puan Celine.

Antara peserta yang menerima sijil penyertaan YPS dan Baker's Mall



Kursus pada hari pertama diakhiri dengan ucapan keusahawanan dan motivasi oleh En. Mohd. Reza Esfandi..

En. Mohd. Reza Esfandi menerangkan langkah seterusnya yang patut diambil peserta..




Program pada 29hb Julai tersebut berakhiri pada jam 6 petang.. Respon dari peserta adalah sangat memberangsangkan sehingga kebanyakan dari mereka telah meminta agar YPS mengadakan lebih banyak kursus seperti yang telah dianjurkan. Menurut Puan Saraswathi A/P Rahman, salah seorang peserta kursus kek mengatakan bahawa beliau tidak pernah dipanggil untuk menyertai program seperti yang dianjurkan YPS dan akan manfaatkan kemahiran yang telah diajari di dalam kursus tersebut.

YPS akan sentiasa membantu golongan yang memerlukannya...