Monday 30 September 2013

Kursus Pastri, Roti dan Kek

Pada 29 September 2013, Yayasan Pembangunan Sosial (YPS) menganjurkan “Kursus Pastri, Roti dan Kek” di bawah Program BENITIA di Dewan MPHTJ Bukit Beruang, Melaka. Kira-kira 76 peserta dari kawasan sekitar telah mendapat manfaat dan panduan dari dua orang pengajar Puan Hemalani A/P Allagapan dan Hemalatha A/P Allagapan yang telah berkongsi pengetahuan menghias kek, membakar biskut dan kegunaan lain pastri.




Penyelaras Program Puan Yoganeswari memberikan penerangan kepada peserta.







Pengajar menunjukkan cara-cara menghias kek.


Kek yang telah siap dihias.


Adunan untuk menghias cup cake untuk para peserta.


Peserta tekun menghias cup cake.


Peserta menggunakan kreativiti untuk menghias cup cake.  


Cup cake yang telah siap di hias.




Pengajar menjukkan cara-cara untuk membuat biskut coklat.


Sunguh harum bau biskut yang sedang dibakar di dalam ketuhar.


Biskut yang telah siap.


Pengajar menerangkan kegunaan pastri selain dari membuat tat keju.







Peserta bergambar kenangan bersama-sama tenaga pengajar, penyelaras program dan Pengurus Besar YPS


Friday 27 September 2013

Kursus Membuat Manik Alaf Baru

Pada 22 September 2013, YPS menganjurkan “Kursus Membuat Manik Alaf Baru” di bawah Program BENITIA di SJKT Ladang Middleton, Rompin. Seorang pengajar dari Bahau, Cikgu Parvaite Perianan bersama-sama 2 orang tenaga pengajar lain telah dijemput untuk berkongsi pengetahuan dengan kira-kira 60 peserta dari kawasan sekitar. Selain daripada teknik bagaimana untuk membuat barangan aksessori menggunakan manik, peserta juga didorong bagaimana untuk menambah atau meningkatkan ekonomi mereka dengan melibatkan diri dalam beberapa jenis perniagaan dari rumah antaranya barangan buatan sendiri yang diperbuat dari manik. Ini akan membantu meningkatkan pendapatan isi rumah dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Cikgu Parvaite menunjukkan cara-cara membuat pelbagai accessories menggunakan manik.



Peserta program tekun membuat subang dari manik.






Bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan.

Antara aksesori yang dihasilkan.

En B Krishna Kumar, Pengurus Besar YPS menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta.


Para peserta bergambar bersama tenaga pengajar, penyelaras program dan Pengurus Besar YPS.

Monday 23 September 2013

Berita

Berita Berkenaan Program Benitia di Rompin N.S pada 22 September 2013
RTM 2

Friday 20 September 2013

Kursus Membuat Coklat dan Agar-Agar


Pada 15 September 2013 YPS telah menganjurkan lagi program Benitia di Taman Desa Temiang, Seremban, Negeri Seremban. Program Benitia kali ini seramai 35 perserta telah menyertai iaitu kursus program membuat coklat dan agar-agar. Kursus ini merupakan salah satu inisianif di bawah program belia wanita india yang mendapat sokongan Unit Perancang Ekonomi bagi membantu golongan wanita belia belajar untuk berniaga dan sekali gus mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan.


Balai Raya bagi peserta menjalankan kursus program Benitia

Puan Sumathi iaitu tenaga pengajar kursus menunjukkan cara untuk mengacu coklat