Wednesday 24 October 2012

PROGRAM BENITIA DI BELLES,PUCHONG


 PROGRAM BENITIA DI BELLES,PUCHONG

Yayasan Pembangunan Sosial (YPS) baru-baru ini, telah menganjurkan kursus membuat kek di bawah Program Belia Wanita India (BENITIA) bertempat di Bandar Kinrara,Puchong Sunway pada 21hb Julai 2012.Perasmian kursus disempurnakan oleh Pengurus Besar YPS, Encik B Krishna Kumar diwakili oleh, Koordinator Program YPS, Encik Hilmi Zubir, Penyelia Program Benitia, Cik Nor Yanti Salim dan Penyelia Program Benitia Melaka, Puan  Seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada penduduk tempatan menyertai kursus-kursus ini.

Peserta diberikan taklimat sebelum program bermula

Para peserta sedang khusyuk mengisi borang pendaftaran.



Salah seorang peserta begitu bersemangat memberi tunjuk ajar kepada rakannya untuk melengkapkan borang pendaftaran.


Program hari ini dimulakan dengan  kerjasama dari Puan Lugachini memberi kepada pelajar beberapa tips dan panduan cara-cara membuat kek dengan memberikan tumpuan terhadap beberapa bahan-bahan asas untuk membuat kek yang perlu dititik beratkan.




Puan Lugachini menunjukkann cara menggunakan spatula untuk memasukkan tepung dan menggaul rata adunan sehingga sebati bersama supaya kek lebih empuk dan pejal.



Para peserta mencatat segala tips yang diperkatakan oleh Puan Lugachini..


Antara kek yang telah siap dibakar. Sungguh sempurna



Selepas makan tengahari bersama, sesi bergambar sesama peserta diadakan bagi mengeratkan ukhuwah sesama peserta. Tepat jam 3.00 petang, sesi penyampaian sijil dan ucapan penutup dari Mr Krishna Kumar selaku Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Sosial(YPS).. Jam 4.00 petang, semua peserta bersurai. 





















No comments:

Post a Comment