Friday 27 September 2013

Kursus Membuat Manik Alaf Baru

Pada 22 September 2013, YPS menganjurkan “Kursus Membuat Manik Alaf Baru” di bawah Program BENITIA di SJKT Ladang Middleton, Rompin. Seorang pengajar dari Bahau, Cikgu Parvaite Perianan bersama-sama 2 orang tenaga pengajar lain telah dijemput untuk berkongsi pengetahuan dengan kira-kira 60 peserta dari kawasan sekitar. Selain daripada teknik bagaimana untuk membuat barangan aksessori menggunakan manik, peserta juga didorong bagaimana untuk menambah atau meningkatkan ekonomi mereka dengan melibatkan diri dalam beberapa jenis perniagaan dari rumah antaranya barangan buatan sendiri yang diperbuat dari manik. Ini akan membantu meningkatkan pendapatan isi rumah dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Cikgu Parvaite menunjukkan cara-cara membuat pelbagai accessories menggunakan manik.



Peserta program tekun membuat subang dari manik.






Bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan.

Antara aksesori yang dihasilkan.

En B Krishna Kumar, Pengurus Besar YPS menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta.


Para peserta bergambar bersama tenaga pengajar, penyelaras program dan Pengurus Besar YPS.

No comments:

Post a Comment