Yayasan Pembangunan Sosial (YPS)
baru-baru ini, telah menganjurkan kursus membuat kek, roti dan pastri serta
kursus mereka manik di bawah Program Belia Wanita India (BENITIA) bertempat di
Bahau, Negeri Sembilan pada 29 – 30hb Jun 2012. Perasmian kursus disempurnakan
oleh Pengurus Besar YPS, Encik B Krishna Kumar diwakili oleh Timbalan Pengurus
Besar YPS, Encik Mohd. Reza Esfandi, Koordinator Program YPS, Encik Zainordin
Sulaiman, Penyelia Program Benitia, Cik Nor Yanti Salim dan Penyelaras Program
Benitia Bahau, Puan Sumathy. Seramai 119 orang peserta yang terdiri daripada
penduduk tempatan menyertai kursus-kursus ini.
|
Ikon Pekan Bahau menyambut kehadiran kami.. |
Program dimulakan pada 29hb Jun dengan kursus membuat kek. Dengan kerjasama Puan Celine dari Baker's Mall, peserta telah diberikan pendedahan secara teori dan praktikal tentang cara-cara membuat kek, roti dan juga pastri.
Kehadiran para peserta menceriakan lagi pagi Jumaat di pekan yang indah ini.
|
Pendaftaran peserta dari Bahau dan Jempol |
|
Dipantau oleh Cik Nor Yanti Salim, peserta mendaftarkan diri dengan tekunnya.. |
Kursus dimulakan dengan kelas teori oleh Puan Celine, yang menerangkan asas-asas membuat kek/roti/pastri yang cantik, sedap dan menawan..
|
Puan Celine menerangkan pada peserta tentang asas membuat kek |
Para peserta kemudiannya didedahkan diajar secara praktikal, dari permulaan membuat kek, penggunaan bahan-bahan, kegunaan peralatan sehingga siap..
|
Pemilihan tepung, yis dan bahan yang sesuai memainkan peranan penting.. |
|
Cupcake yang telah kembang dengan cantiknya |
|
Coklat dan Vanilla, perisa kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia |
|
Acuan membuat "icing" juga diajar kepada para peserta |
|
Hasil yang siap dengan kreativiti masing-masing |
Teruja dengan rekaan masing-masing dari apa yang dipelajari, para peserta dianugerahkan sijil penyertaan oleh YPS serta Baker's Mall setelah dinilai dengan puas hati oleh Puan Celine.
|
Antara peserta yang menerima sijil penyertaan YPS dan Baker's Mall |
Kursus pada hari pertama diakhiri dengan ucapan keusahawanan dan motivasi oleh En. Mohd. Reza Esfandi..
|
En. Mohd. Reza Esfandi menerangkan langkah seterusnya yang patut diambil peserta.. |
Program pada 29hb Julai tersebut berakhiri pada jam 6 petang.. Respon dari peserta adalah sangat
memberangsangkan sehingga kebanyakan dari mereka telah meminta agar YPS
mengadakan lebih banyak kursus seperti yang telah dianjurkan. Menurut Puan Saraswathi A/P Rahman, salah seorang peserta kursus kek mengatakan
bahawa beliau tidak pernah dipanggil untuk menyertai program seperti yang
dianjurkan YPS dan akan manfaatkan kemahiran yang telah diajari di dalam kursus
tersebut.
YPS akan sentiasa membantu golongan yang memerlukannya...
No comments:
Post a Comment