Sunday 8 July 2012

Program BENITIA

Program Benitia yang terbaru telah diadakan di Bandar Utama, Damansara pada 9 Jun 2012. 4 program telah diadakan pada hari tersebut iaitu Mehendi, Kecantikan, Manik dan Dandanan Rambut. Program tersebut dianjurkan bersama SG Academy seliaan En. Sri Ganesh dan turut disempurnakan oleh Puan Hajjah Halimaton Saadiah (Ketua Wanita UMNO Bahagian Subang) dan Datuk S. Murugesan (Setiausaha Agung MIC.


Program kali ini melibatkan lebih daripada 200 orang peserta wanita yang datang dari daerah Subang dengan hasrat serta harapan untuk memperbaiki kewangan mereka. YPS senantiasa membuka peluang bagi golongan yang memerlukan untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik..

Sesi Pendaftaran Peserta

Ucapan motivasi oleh Pn. Hjh. Halimaton

Kursus-kursus yang diadakan dilatih oleh tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun bagi memastikan para peserta faham dan menangkap latihan secara teori dan praktikal. Berikut antara gambar-gambar kursus kecantikan.







Dandanan Rambut





Rekaan Manik





Serta Mehendi..





Minat golongan belia wanita ini yang cenderung ke arah program yang dianjurkan oleh YPS bakal menghasilkan golongan usahawan wanita yang berjaya suatu hari nanti. Oleh yang demikian, YPS akan senantiasa memantau perkembangan mereka dari masa ke semasa..



Antara mereka yang mendapat sijil penyertaan..





Tidak lupa kepada pengajur dan tenaga pengajar yang turut menerima cenderahati..


Program pada hari tersebut berakhir sebagai sebuah episod permulaan bagi golongan BENITIA ini... YPS akan terus berjuang demi kesejahteraan rakyat berbilang kaum Malaysia..


No comments:

Post a Comment